Kisah ini bermula di utara tanah air...karim(bukan nama sebenar) seorang peniaga burger yg tak dak la berjaya mana pun...kehidupan karim cukup-cukup mkn ja..tapi karim bahagia ngan kerja dia...dia melakukan nya untuk melupakan kisah silam yang menghantui dirinya selama ini...
keadaan di luar sudah mula gelap. karim terlambat untuk buka buger hari nie. dalam keadaan yang kelam kabut untuk bersiap hp karim berbunyi.tertera di skrin nokia 3310 nama yang sangat karim kenali. "bila nak turun kl bro...lama lu meyepi" terdengar dari hp karim yg buruk tu. setelah selesai bersembang di telefon karim melirik mata keluar rumah.keadaan diluar gelap, jam menunjukan kul 8 mlm joe membatalkan niat untuk berniaga hari tu.
Karim teringat akan kata2 kawan yang call td . di kl karim belajar megenali kehidupan jahat baik dan mcm2 lagi . benar la kata org di kl kalu kita tak pandai membuat keputusan kita akan hanyut. Hanyut dengan permainan duniawi, dugaan dan cabaran.
Karim teringat lagi sewaktu pertama kali menjejak kaki di kl. bandar yg dikatakan gah dengan bangunan besar dan awek2 yang cun(padahal awek kat kl tu semua mai kot kampung gak). dan itulah kali pertama karim kena pow ngan budak kelantan kat sogo(mcm haram) biasa la karim kan dak kampung yg baru sampai di kl,
karim di jemput oleh sepupunya yg mmg menetap n beranak di sana(anak kl la tu) tapi karim tak dibawa alik terus ke rumah. karim di bawa pusing2 kl dulu. terpegun karim melihat kota raya ini dengan biji matanya sendiri(selalu tgk kat tv n dengar org cerita ja)
hari pertama karim di sana rasa mcm nak alik alor star ja. sbb asyik teperap dalam rumah ja. sepupu karim pula siang hari asyik membuta ja. BC bangun dari tido dekat nak senja. dia meyuruh karim bersiap. karim hanya mengikut saja kata BC. sebab dari tadi lagi dia mmg boring..
setelah seminggu karim dok di kl satu kerja apa pun tak buat. duit karim hampir kehabisan tak mungkin karim alik ke kampung sbb karim ingin berdikari, karim mula melihat di dalam akhbar iklan jawatan2 kosong yg ada tapi satu pun tak dapat, BC hanya memerhati gelagat karim yg dah mati kutu mencari kerja.(lupa lak BC tu sepupu karim la)
sebelum keluar BC menghulurkan rm 100 kepada karim, melopong mulut karim "macam mana dia tahu aku dah tak dak duit?" tapi karim tak bertanya cuma terdetik di hati, pelik bg karim kerana BC sendiri pun kejap keja kejap tak tapi ada duit banyak la gak.(BC tak jual benda yg salah disisi undang2)
tersedar dari lamunan apabila hp karim berbunyi..karim terus memakai baju dan kluar ngan moto kap dia(time nie reta tak dak lagi) karim pergi berjumpa ngan kawan2 dia yg melepak di snoker, layan 2 3 frame karim pun pulang ke rumah kembali...
bila tak tau apa nak karim hanya melepak di atas tilam usang milik nya sambil melayan perasaan...hatinya ingin lagi kembali ke KL tapi karim dah bosan ngan hidup di kota dia ingin menjaga kluarganya di kampung,akhirnya karim terlelap begitu sahaja..(time nie tak dak awek lagi besa la baru alik kampung)
karim buka burger mcm biasa...ramai gak pelangan hari nie...tapi dalam2 ramai tu karim tertarik pada seorang pelangan tetap dia, dia leh hafal apa yg si gadis nie nak kalu oder( buger ayam xnak sayur letak salad ja mayonis lebih), karim mula tertarik ngan sikap si gadis tersebut, (karim nie peramah sikit) karim mengharapkan yg si gadis itu datang hari2 membeli buger(dia ingat org tak reti mkn benda lain kot)
dekat 3 hari si gadis itu tidak datang membeli buger cuma ada sekali sahaja member si gadis itu datang sempat gak karim bertanya mana si gadis itu, kawan dia hanya tersenyum. "adakah aku sudah terpikat pada si gadis itu" gertu hati si karim, tapi mungkin benar kerna sejak gadis itu tak datang hampir semua kereta kancil yg lalu karim akan melihat(sbb si gadis tu pakai kerta kancil)
hari ini si karim sangat gembira kerna si gadis yg dinanti datang membeli buger, sambil meyiapkan pesanan si gadis tadi karim sempat berbual2 bertanya apa perkerjaan si gadis(gadis tu jawab kerja kat tadika) yg buat krim jadi tak keruan kerna pandangan mata sigadis tersebut(mana taknya si gadis suka bediri depan kuali karim masak sambil tangan pegang tiang stall buger karim)
pulang ke rumah karim masih lagi teringat akan gadis tersebut...akhirnya karim nekad untuk mendapatkan no telefon sigadis..karim mengukir senyuman apa bila berjaya mendapat kan no tel gadis tersebut..karim tanpa berlengah terus sms si gadis( rasa2 si gadis tak sempat sampai umah lagi )
setelah seminggu bermain sms n kadang2 call karim beranikan diri ajak tipah kluar date. pucuk di cita ulam mendatang, hari date tak dirancang. ptg tersebut karim g ke tempat niaga mcm biasa, sambil buka stall si gadis muncul, karim tinggal kerja yg di buat dan megajak tipah minum lebih kurang mcm 1st date la...tipah oder nes'0 ais n karim teh 'o ais ja..si tipah tak nak makan karim mati kutu untuk mulakan bicara. ramai mata kawan2 karim yg berniaga area tu melihat,
akhirnya karim megajak tipah g makan kat tempat lain..karim blah meninggalkan stall buger mcm tu saja(haru sungguh si karim ni pun) karim meninggalkan moto kapnya di situ dan kluar bersama tipah ngan menaiki kereta kancil tipah.(leh tahan gak kancil ni pakai paiping n lowed)
akhirnya masuk sebulan karim berkawan ngan tipah karim bahagia sangat, hari2 berjumpa tanpa rasa jemu sikit pun..mereka declare cinta mereka pada 28/5...baru karim tahu yg tipah kerja dekat jabatan pelajaran bukannya kat tadika...